Assalamualaikum wbr..
Lama gila tak update. Rasa macam dekat sebulankan? Memang aku ada online tapi mana sempat nak update. Huhu.. memang lately busy juga sebab nak study week makin banyaklah testlah quizlah semua dia nak sumbat habiskan dalam masa seminggu tu juga.
Next week memang aku dah start final. Paper first on 24/4. Final paper 9/5. Aku rasa tak lama sangat. Em.. aku dah lama tak balik ni. Cewah padahal baru masuk 3 minggu. Lepas 9hb maybe aku tak terus balik sebab aku ada hal lain pula. Maybe ustaz nak buat jaulah untuk budak-budak usrah. Di sebabkan most student habis final 13hb maybe aku kena staylah. Takkan aku nak balikkan. Em.. malaslah. Bazir duit, masa dan tenaga. Lepastu along this examination weeks memang ada ujian penilaian dengan ustaz. Maknanya ustaz nak uji sejauh mana kami faham dalam perjuangan dakwah ni.
OK. Cuti ni aku tak balik pun study aku tonggang terbalik sebab sakit gila. Ada penyakit serang aku yang teramat teruk. Rasa macam nak pitam the whole day je. Tapi kena lawan jugalah. Malam-malam kena study gak tapi sekejap jela. Pastu mengantuk. Penat lelah semua ada. Hahaha! Sorang-sorang takut nak stay lewat.
Em.. banyak benda yang berlaku. Cewah. Entahlah aku pun tak faham. Malas nak layan sangat. Kadang-kadang orang saja nak main-mainkan kita. Kita yang jadi mangsa. Apalah aku merepek ni. Sakit tu datang balik sebenarnya. Oklah, pada sesiapa yang nak final atau dah habis atau sedang lalui, good luck eh.
Aku, nak cerita benda-benda yang menyentuh perasaan, aku cuba elakkanlah buat masa ni. Taknak effect sangat dekat study. I have to focus. Banyak benda nak struggle. Yelah orang tak pandai. Oklah, better stop dulu. Pendaftaran dah buat. Chat pun sudah. Makan je belum. Hehehe!!
Wokeh. Good luck buat semua. Betulkan niat ikhlas belajar kerana Allah.
Insyaallah.
Wednesday, April 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comments:
huhuhu..
bila nak pergi deting dengan akak ni? meh la kay datang SP :)
Post a Comment