Sunday, February 11, 2007

Mengantuk!

Assalamualaikum wbr

Lama juga tak update. Memang tak sempat gila. Pergi cc memang pergi, tapi tak sempat nak update. Serius. Masuk cc cari bahan je. Kadang-kadang pergi library masuk juga, tapi tak sempat nak update. Huhu. Gitulah kerjanya.

Tak tahu nak cerita apa. Hehe. Macam tu pula. Niat hari ni nak online buat CSC, tapi nampak gayanya macam tak sempat nak habiskan je. PC ni pula takda YM, tension je. Huhu. Memang lately sibuk sikit. Minggu lepas sibuk dengan pidato sengal (wahahaha!) dengan test itu dan ini. Minggu sebelum tu sibuk dengan apa ek, entahlah tak ingat dah. Tapi aku memang tak cukup tidurlah. Pening betul kepala ni. Akibat minum nescafe aku rasa. Adui. Nak berjaga punya pasal, sangguplah teguk nescafe satu cawan. Pahit pun pahitlah.

So far dekat sini tak adalah yang aku tak puas hati. Aku biasa je. Ok je dengan rules yang bagi orang lain sangat mengarut. Well, alkisahnya berlaku bila orang berjawatan macam gila kuasa gitu. Tapi nak buat macam mana, benda tu normal. Manusia manalah nak puas hati dengan jawatan yang sedia ada. Kalau boleh dengan jawatan itulah nak di buat macam-macam. Take advantagelah kiranya. Baguslah kan. Hiks.. semua orang nak macam tu.

Apa aku nak cerita, banyak benda. Hehe. Tapi tak tahu nak start dari mana. Jumaat ni balik awal. Asalnya Jumaat ada kelas, tapi ustazah takda. Dia pergi klinik, so kitorang pun dapatlah peluang balik awal. Ingat nak balik khamis, tapi aku ada kelas malam hari Khamis tu. Jadi tak dapatlah nak balik on that day. Tak apalah. Balik nanti insyaallah saing dengan Raha. Raha ni kawan aku masa dekat STA dulu. Kitorang jumpa balikkan? Seronok. Hehe. Tapi takdalah jadi kawan baik gitu. Dah tahu dah perangai dia macam mana, so tak adalah aku nak berapat-rapat dengan dia.

Tak sabar nak balik jumpa famili. Hari tu tension tak dpt cari laptop buat kerja. Last-last kerja aku tak bertaip. Memang pergi cc ni, hari tu. Tapi berapa lama je boleh duduk. Sejam igt cukup ke? Line dahlah slow. Nak search satu kerja. Nak menaip kerja lain. Jadi benda tu macam tak cukuplah kan. Hukhukhuk.. kena bayar pula mahal. Tambah dengan barang-barang print lagilah. Waduh. Tak dapatlah nak membantu diri sendiri. Telefon abah minta hantar laptop dia kata dia bz. Terpaksalah redha je.

Actually pagi tadi ada test akaun, oklah. Walaupun tak confident sangat, but at least i've tried my best. Malam tadi aku study gitu-gitu je. Yalah, asal nak mengadap buku je ada je member bertanya soalan. Tapi sebenarnya bagus untuk kita punya improvemet je, alhamdulillah arh. Semuanya dah lepas. Naik raya cina nanti ada test CSC pula. Ahad Isnin masa raya cina nanti balik Ipoh. Sekejap je, tapi oklah. Nak ambil USB aku tertinggal. Ahaks.

Ok. Tak ada benda sangat nak cerita. Hari tu Damia hantar msg ajak pergi program dekat ITTHO Jumaat sampai Ahad. Aku tak sure pergi ke tak. Abah suruh confirmkan dulu anjuran siapa. Sebenarnya, usrah pun dah lama tak join. Sekali hari tu je aku join. Lepas dari tu memang bz teramat sangat. Ingat dah ok dah, rupanya tak oklah pula. Insyaallah, Rabu ni aku try untuk menyelit. Sebab dia kata Rabu ni baru nak discuss pasal program tersebut.

Duit banyak pakai dan aku pokai. Itu yang penting. Hari tu masuk cc dekat 5 ringgit aku spent. Ish.. nasib baik aku takda problem dengan makanan. Aiyo.

Wa jalan dululah. Mekaseh yach pada siapa yang masih baca-baca. Arios.
Wassalam.

1 comments:

akirasuri said...

cabaran bersekolah ek ;)

chayo.