Tuesday, June 26, 2007

berpindah

Salam.

Hari ini: 24/12/07
Masa: 12.48 malam

Dengan ini, miss kay mengumumkan penukaran blog kali ke berapa entah ke blog yang lebih baharu. Hehe. Sila layari blog yang di beri nama, http://kausar.org dengan kadar segera. =D Harap maklum. Terima kasih.


Salam.

Mari, incik kay sudah berpindah randah.
Mari, kita ikut berpindah sama.
Mari, incik kay inginkan sesuatu yang baru.
Mari, hidup perlu sentiasa bertukar ke arah positif.
Mari ke mari.

http://mexme-aim.blogspot.com

Monday, June 11, 2007

Hari-hari mendatang

Heh.. Assalamualaikum..

Ke hadapan incik diari.. moga sihat kehendak-Nya.

Saya sangat penatlah incik. Hari Jumaat hari tukan, saya pergi kem aulad daerah Muar. Alahai, kenapa saya sorang je faci? Nasib baiklah ada anak-anak makcik dekat situ yang dah sekolah menengah. Bolehlah tolong sikit-sikit. Tapi sangat seronok dengan telatah diorang. Aih.. lupa segala masalah.

Sebenarnyakan incik, saya tak puas lagilah naik kayak. Saya teringin sangat nak naik kayak lagi. Tapi masa tak cukuplah. Tak apalah, nanti budak-budak tu kata facilah yang lebih-lebih. Haha! Kan best kalau sayapun jadi peserta, saya baru je 10 tahun. Oklah juga, mesti pakcik-pakcikpun kesian tengok saya yang kempunan ni. Kueh2..

Balik BP balik hari Sabtu. 2 hari satu malam je aktivitinya. Yang seronok, masa kami pergi jalan-jalan dekat kampung ni, kami tengoklah cara-cara bermain gasing. Wak Jo kata siapa yang dapat pusingkan gasing dia akan dapat gasing free. Saya masa tu takdalah fikir untuk dapat gasing free, sebab saya kan dah besar. Tapi saya pusingkan juga gasing tu dah berjayalah. Adik-adik perempuan yang lain, nampak gayanya takda siapa yang dapat mengatasi saya. Jadi Wak Jo kata, takpalah, biar akak awal ambil sebagai wakil. Wah, happynya. Balik rumah bukan saya yang main tau, adik-adik saya yang main. Wah, bukan main hebat lagi diorang. Saya tengok jerlah.

Sebenarnya, program aulad ni clash dengan program penting di KL. Program tu, saya tak pastilah incik program apa. Ustaz nampaknya enggan melapori detail-detail program tersebut. Oleh sebab itu, saya memilih untuk pergi program aulad. Lagipun saya dah berjanji pada mak untuk membantu. Hehe.

Masa saya dekat kem aulad tu, Mia hantar mesej pada saya. Dia kata, 14-20 nanti ada kem di JB. Kem apa dia tak pasti. Tapi saya memang nak pergi. Mak berat nak bagi pergi mula-mula sebab dia tak tahu program apa. Program tu ustaz yang beritahu Mia dan Mia sampaikan pada saya. Jadi saya sampaikan pada mak dan abah. OK. Saya decide untuk pergi walaupun tak tahu detailnya. Insyaallah, nanti Mia akan mesej jika ada perkembangan.

Selanjutnya, saya nak pergi Konsis juga. Em.. Konsis ni perjumpaan penggerak-penggerak JIM iaitu pelajar-pelajar universiti di seluruh Malaysia, dan juga yang belajar di oversea. Mestilah aku nak pergi. Teringin nak jumpa akhawat dari UK. Insyaallah, kalau ada rezeki kita jumpa di sana ok. Konsis ni berlangsung selama 3 hari 2 malam. Bermula 22 sampai 24 Jun. Tak saba memang tak saba, tapi penatpun ada. Incik, lamanya saya duduk jauh dari keluarga. Haha! Gaya macam tak pernah pula.

Saya ingat 20 nanti saya terus bertolak ke KL, duduk rumah sesiapa sampailah 22 saya pergi ke tempat yang dituju. Er.. tak tahu dekat mana lagi. Tapi takpa, nanti saya minta abah bagi detailnya ya.

Incik diari, saya rasa saya nak berhenti dululah. Banyak benda saya nak cerita sebenarnya, tapi saya cerita kemudian ya incik. Saya harap incik dapat mendoakan saya berjaya dunia dan akhirat. Kalau bolehkan incik, saya nak bersama dengan orang-orang yang sesaing dengan saya di sini, sekarang, esok dan selamanya. Tapikan incik, susahkan nak jumpa? Saya terpaksa akuilah. Hidup saya pun, takda kejujuran. Jadi, saya minta di doakan agar diri saya dapat terus bergerak di jalan yang betul. Terima kasih.

Oklah. Selamat tinggal ya incik diari. Nanti ada masa, saya update lagi.
Salam.

Labels: ,

Saturday, June 02, 2007

perjalanan

Salam.

Penatnya. Penat duduk dalam rumah ni. Dahlah takda privacy. Nak buat benda pun susah. Guna internet lagilah, semalam siap gaduh lagi. Aiyark.. seksa. Sikit je, ada yang lagi besar. Benda remeh macam ni jadi beban bila kita terlalu fikir sangatkan? Dah takda benda lain nak fikir kot. Biasalah tu.

Em.. hopefully balek kampus nanti dapat online 24 jam. Itupun kalau speed dia ok. Dengar cerita rumet kata speednya lambat lagi dari siput. Adeh. Insyaallah ar. Kalau boleh nak start balik blog dengan senang hati.

Actually banyak lagi benda tak settle. Susah betul bila semua benda kena beritahu mak atau abah dulu. Hahaha! Malas nak cerita panjanglah kan bab tu. Never mindlah.

Cuti ni aku buat apa je?
Since lepas exam hari tu, last paper 9/5

9-11 Mei > Melaka
12 Mei > Jumpa Ustaz N
> Balik BP
20 Mei > KPP
28 Mei > Adek's bday
29 Mei > Test KPP
31 Mei > Together - Aisya, Laila, Ana n Ano
3 Jun > Bengkel
8-9 Jun > Program Adik2
14 Jun > Result
16 Jun > Program Motivasi Convent BP
23 Jun > Program Motivasi STI Pt Raja
1 Julai > Balik Kampus (kot)
9 Julai > Start kelas

Apa-apa pun. Together punya perjumpaa seem ok. Semua muka macam tak bertambah matured pon. Haha! Jahat. Ana ayu je. Dari dulu sampai sekarang. Dan aku tak sangka bebudak laki ramai yang still in touch dengan diorang. Baguslah. Aku? Haha! Jangan mimpilah. Banyak juga cerita. Imbas cerita lama.

Em.. ada seorang member lama ni agak rapat masa sekolah rendah. Tapi dah nak cuti tu, something happened. Member yg aku jumpa hari tu, salah seorang ada yg suka member lama nie. Mamat lah, budak laki. Benda tu kecohlah, ramai ingat aku dengan budak laki ni ada apa-apa. Start daripada tu kitorang renggang. Rupanya budak laki ni still contact dengan kawan aku ni. Eloklah, tapi terkilan sedikit. Apa-apa pun dengar dah macam more than friend. So, aku doakan diorg bahagia selalu.

Aku selalu terfikir, kenapa bila aku berkawan dan rapat dengan seseorang tu, bila dah akhir-akhir mesti hubungan dah tak semesra dulu. MESTI macam tu! Nasib aku memang semalang ini agaknya. Sedihpun ada. Sekarang ni, aku macam gini lah. Biasa-biasa je. Nak lalui kehidupan yang normal macam orang lain. Tapi..

Tiba-tiba aku teringat kak Ain, London. Dengarnya dah menghilangkan diri. Kerana.. ingin menjadi seorang perempuan normal. Tidak mahu jadi lain dari yang lain. Em.. kenapa? Entahlah.

Oklah. Already 6, and aku nak blah dulu.
Happy holiday to all.
Salam.

Labels: ,

Thursday, May 31, 2007

hari yang singkat

Hep! Salam alaik.

Menjawab persoalan hamba Allah entry before, lagu tu bernama AKU oleh kumpulan yang bernama AKU. Jika tak jumpa melalui searching, sila pergi ke http://music.ireans.com dan anda akan menjumpai liriknya. Jika ingin download, sila mendaftar terlebih dahulu. Lagu ni cukup best, for me lah. Adore this song since the first time i heard. Haha! And sha is the first person yang dengar aku membebel pasal lagu ni because she is the first person i told her that i love this song.

Apa-apa pun enjoy the song.

Yesterday morning was the bad day of me. Ceritanya begini..

A day before yesterday suppose to be my test undang-undang. But yet, i was told that the test can be taken anytime between 10 to 4. So, why do i have to come early at 10 if u have choice to go in the afternoon aite? So, i've decided to go there at 2. And me and abah waited for about half an hour. Erm.. then i told abah to go to mak cik siti's kedai to ask her what happen? I arrived there and she thought i already took the test at 11 cause she remind me to come between that time actually but i refused to go so early. Leceh maa.

Em.. and she she said this person is the same situation as i am, which is HE is some boy. He actually a man not a boy. Haha! Well, the age between 20 to 30 i guess. Anyway, he said that he told her that his test suppose to be at 2 cause that the only time he got for that day. So, mak cik siri berusahalah untuk menelefon rilek yang hampeh itu. After a few minutes, she said this kerani malas nak datang rilek and she moaning about us yang sepatutnya berada di rilek pagi-pagi. Adui.. what a mess!

SO mak cik siti bawa je ke rilek. Dah sampai rilek kerani yang mengarut tu cakapla dengan aku dalam telefon guna mak cik siti punye hp. Pergh.. nasib baik telinga aku ada problem masa tu, takdalah merah sangat telinga ni nak dengar dia membebel dekat aku. Kau bebel kat aku dalam telefon bolehlah. So, the solution was.. we have to come back tomorrow, which is yesterday. Aih.. i just follow the 'command' lah. Okies. But not for that boy cause he said he's so busy maa, he's working by the way.

And yesterday morning, she said i have to come at 10 rite? So i was there at 10. I sat there and told her that i am KAUSAR, yesterday's person. And she said, what yesterday? Well, someone called me and asked me to come here today. So, i told her everything about i should take the test a day before but the caller told me she did not want to come to rilek and asked me to come here today. U know what the kerani tu cakap dekat aku? Oh, awak kena bayar RM27 sebab awak sepatutnya ambil semalam, tapi awak tak buat semalam.

Hey! Come on lah. Nak betah dengan aku? Saya dah datang semalam. Tapi orang awak yang taknak datang semalam. Bukan salah saya.

Tapi awak datang pukul 2. Kitorang dah tutup.

Saya takkan bayar RM27 ok, sebab saya datang semalam. Orang awak yang sibuk telefon saya beritahu suruh datang pagi ni. Penat-penat je saya datang semalam lepastu sedap dia suruh saya datang balik sini pagi ni. Lepastu dah datang pagi ni awak boleh suruh saya bayar RM27 ringgitlah? Tak pula dia nak beritahu saya kena bayar extra money?

Macam ni, sebenarnya kitorg buka sampai pukul 4 kalau hari ahad dan sabtu sahaja. Hari selasa sampau khamis kami buka sampai pukul 2.

Aku telefon makcik siti. Then the idea was up up on the way..

Oh, kata pukul 2 tutup, kenapa semalam saya datang sebelum pukul 2 mangga besar dah terkunci dekat gate bawah tu? Ada sorg abg ni pun datang sebelum saya lagi mmg dah terkunci mangga tu? Hello? Logikal please?

Dia berehat kot? Hah? Berehat masa nak tutup? Hey, kalau dah takda alasan, tak payahlah cakap benda mengarut. Kalau dah pemalas tu, pemalas juga. Tak reti-reti nak tunggu. Call pun tidak? Habis tu apa gunanya aku bagi kau no telefon? Tak ke bodoh urusan macam ni? Cuba fikirlah, kenapa setiap urusan tu kita bagi no telefon? Mestilah if u late atau ada problem apa-apa u call us kan?

Let me tell u something, orang melayu ni sangat malas. Kalau silap, takda makna dia nak call. Inilah kerja orang melayu. Masa aku dekat UK, even cikgu aku pun rajin call ke rumah cakap pasal coursework and assignment aku tau! Bila aku ada missed thing, diorg akan cakap lepastu tanya bila boleh datang balik. Hello, no wonderlah company orang melayu muflis, lembab, servis tak guna.

Sambung cerita tadi, aku bagilah IC aku. Oklah IC aku belum tukar mykad lagi. Tapi i have an excuse tau! Aku baru tukar semalam dengan parents. Nak di jadikan cerita, dia suruh aku amek esoknya which mean hari ni. Aku dah panas dah masa ni.

Apsal pulak kena ambil esok?

Saya takda dokumen awak. IC awak plak lama tu. Macam mana saya nak access dekat information awak. Smart kad awak ada dekat dokumen-dokumen awak tu. Kalau awak nak ambil juga hari ni awak kena pergi ambil dekat Pak Hamid (tempat aku belajar teori).

Eh, takkan saya nak telefon bapa saya suruh datang cnie semata-mata nak ambil dokumen tu?

Habis tu takkan saya nak ambil? Siapa nak jaga kedai ni?

Mana saya tau. Biar jela kosong. Bukan masalah saya.

Yelah tu. Kalau awak ambil esok jekan senang?

Saya dah datang semalam, dan dia suruh dia datang hari ni. Lepastu saya dah datang hari ni, nak suruh saya datang esok pulak lah eh? Awak igt saya ni apa? Free je 24 jam eh? Senang-senang je nak suruh saya datang bila-bila eh?

Habis tu saya dah tak ada dokumen awak, nak buat macam mana.

Pandai-pandailah awak. Dah suruh saya datang hari ni, tak reti-reti awak nak bawa dokumen saya.

Dia pun mengomel lah dia cuma bawa dokumen orang yang nak buat test hari ni je. Meletuplah aku, dia sibuk nak cakap sistem dia gini-gini. Tak sempat dia nak cerita aku dah betah dulu..

Yang penting sistem awak ni lemah! Tahu tak? Awak takda cakap-cakap pun dengan orang awak tu yang call saya. Manalah awak nak tahu apa-apa. Sepatutnya dia beritahu awak saya nak datang hari ni, ni tidak. Kalau dia beritahu siap-siap kan senang? Tak adalah jadi benda-benda ni. Sistem awak ni tak betol, tak payah dah cakap sistem-sistem ni. Benda tak jadi juga.

Kelu. Lantak kaulah.

Last-last dia suruh aku duduk kat tempat tunggu. Tengok-tengok ada org datang hantar dokumen aku. Mula-mula memang igt nak balik je. Tapi aku ada rasa sabar ni. Hep hep huray. Alhamdulillah. Lepas satu-satu dugaan akhirnya aku pas ujian undang-undang berkomputer aku. Seronok sangat. Semuanya dari Allah.

Dan hari ni! Jumpa ANA, ANO, AISYA n LAILA! Tak sabar beb.

Wokeh! Have a nice holiday to everyone except yang sedang bekerjalah!
Wassalam.

Labels:

Wednesday, May 23, 2007

Begini ke?

Salam..

Em.. iya. Hehe! Dulu masa dekat UK kak Ya selalu cerita, tak semua daie itu menunjukkan sifat yang baik. Ada yang sangat strict sampai benda yang sepatutnya di cegah tak pula di buat, tapi benda yang tak sepatutnya menjadi hal berat sibuk nak di tegur-tegurkannya. Apa-apa pun semuanya berada di depan mata aku, biarpun aku tidak mengalaminya secara personal, tetapi kalau aku sendiri nampak sikap daie begitu dari jauh sudah terasa jurangnya, apatah lagi orang-orang diluar sana yang masih perlu di fahamkan tentang Islam. Kan?

Whatever happen next, i accept that as a test from HIM. Aku nak tengok sifat mereka sebenar sem depan. Sebab aku, insyaallah aku jadi EXCO kelab Islam Hadhari. Em.. diorang kebanyakannya ahli-ahli kelab Permas. So, kita akan compete for the same objectives. Sekarang diorg senyum, pesaing takda, buat kerja pun ala kadar. Akan datang, tak ada masa untuk goyang kaki. Bila nak jadi daie, biar bersungguh-sungguh.

Sebenarnya ada satu benda nak cerita, tapi aku dah lupa sangat. Hehe.

'U ARE IN SERIOUS CONDITION AND THIS IS SERIOUS.. OK?'

Hehe. Ok. The thing is, i have to think, define, decide and conclude. Hehehe. Adeh. Cane ek? Ok..........................................................................................................................................................


AKU

Aku melangkah berpijak ke bumi yang nyata
Namun kepala ku hanya entah dimana
Tanya tanya apa kenapa dan bagaimana
Silapnya manusia yang hidup di dunia

Berguru aku pada kalimah yang keliru
Senyum tawa guraunya telah ku percaya
Namun hatiku masih ragu tertanya-tanya
Apakah ini nyata kebenarannya

*
Maafkan aku kerna dia membisu
Atau sengaja buat-buat tak tahu menahu
Biarkan aku tenang dari mendengar
Pada pujangga merongkok di tepi jalanan

Duniaku bukan milikku namun akulah aku
Tak terucap pada kasih berbekas
Siang malam berputar minda semakin sedar
Kebenarannya berbeda-beda
Renung kalimah esok itulah jawapannya
Ia bebaskan aku

Ulang *)

Duniaku bukan milikku namun akulah aku
Tak terucap pada kasih berbekas
Siang malam berputar minda semakin sedar
Kebenarannya berbeda-beda
Renung kalimah esok itulah jawapannya
Satukanlah kita manusia

( Aku )


Sekian.. terima kasih.
Bosannya duduk rumah.

Thursday, May 17, 2007

Dulu Senang

Senang-senang mencuri hati
pada dulu yang sudi kemari
ada yang bengkit menyuap
meraba menghulur tangan
mencecah manis-manis dakwah
jangan futur jangan futur!
geraplah aqad
kukuhkan ikatan
izzah! izzah!

1 detik bagai seribu dekad
masa gerak bagai pantas
dan aku disudut kekeliruan.

Dan hati mengeluh payah
bila tangan digenggam pergi
bila kaki diseret mati
bila manis bagaikan cuka!
futur? atau tidak? futurkah?
Perangkap iman tersembunyi
dia, kau dan aku teruji
jangan senyum, jangan bangga
hanya kerna siapa kamu.

Cerminkan diri,
bandingkan iman,
suarakan hati..
siapa penentu kemanisan?

Kay 17/5/07
BP Johor

Labels:

Tuesday, May 15, 2007

kenapa aku?

Assalamualaikum wbr..

Hati selalu berkata, jangan futur ditengah jalan. RUGI! Masa makan malam dengan famili dekat luar pun abah dan mak pesan berkali-kali, 'akak janganlah jadi macam orang-orang yang futur ditengah jalan. Sayang, usaha yang dah digali seumur hidup terberhenti ditengah-tengah kehidupan." Em.. apa aku boleh jawab, iya abah, iya mak, insyaallah.

Orang kata, sepasang kaki belum cukup mampu untuk membangkitkan semangat kita untuk terus maju, teruskan usaha yang dah lama dibentuk sejak dulu. Tetapi, berapa banyak kaki lagi dekat UiTM ni yang sudi membantu sepasang kaki yang lemah ni? Orang kata, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalaulah angin memahami, bawakanlah aku insan-insan sefikrah untuk sama-sama aku bimbing hati ke arah hendak seribu daya. Tapi apakan daya, igau memang tak henti, sesal tak tahu apa yang nak disesalkan, punah belum lagi terlafaz, yang aku tahu.. apa yang aku lalui sekarang ni wajib aku redah tak kira macam mana sekalipun.

Kenapa, kenapa 'aku' lain dari yang lain? SEE.. aku dah mula tunjukkan satu perasaan yang tidak senang dengan 'pemberian' Tuhan ni. Selalu aku sebutkan, selalu aku tanyakan. Banyak benda aku nak luahkan, tapi terlalu daif untuk aku suarakan sebab benda-benda tu sebenarnya antara faham dan tak faham.

Macam mana aku nak bentuk diri supaya menjadi mumtaz. Seenak aku hidup dibawah naungan kampus UiTM, seenak itulah aku terpesong dari tujuan hidup aku. Kenapa? Banyak benda aku lupa, dan tertinggal ke belakang. Aku rasa hidup aku tak sepenuhnya terurus dan bersemangat. Aku bosan duduk dalam rumah ni yang takda apa, cuma ada ini jerlah internet. Keinginan aku nak online tak sehebat dulu, aku dah bosan.

Dari masa ke semasa, aku memang cuba muhasabah diri. Tapi setakat ini, apa yang aku dapat hanyalah duduk dan menyepi. Iya, aku cuba untuk bergerak, tapi kaki aku tak sekuat mana untuk bergerak. Hati aku berbelah bahagi untuk merelakan, masa memang cukup cemburu dengan kemampuan aku seorang manusia. Masa memang tak pernah berpihak kepada aku. Bukan itu je, kasih sayangpun aku tak dapat rasa dari setiap ikatan ukhuwah antara akhawat. Aku rasa, cukup 'asing'. Sudahlah terasa cukup asing, ada yang pandang macam nak makan orang, nak ukir senyum dibibir pun bagai mengangkat sepuluh kilo batu gayanya. Em.. macam mana nak tarik hati insan lain? Cuba beritahu sikit?

Oklah i admit, pakaian aku memang tak melambangkan 'akhawat' langsung, then the reason revealed why! Bukan itu je, perangai pun sama. Mana pernah muka ni pergi masjid. Dulu, aku bercita-cita nak turun masjid selalu. Tapi, bayangkanlah masjid dengan kolej aku berapa jauh? Yelah, orang kata nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oklah, kalau aku nak sekalipun aku nak datang dengan siapa? Malam-malam especially.. siang-siangkan ada kelas? Ok, itupun diorg pandang aku macam orang yang tak layak untuk disamakan taraf dengan diorg, maybelah. Aku assumed by the way they looked at me. Em.. oklah. Akhawat itu bukan dari golongan sama, tapi kita bergerak ke arah matlamat yang sama. Salahke untuk bergaul mesra dengan orang lain?! Bukannya lain jantina, sama jantina! Tolonglah, be professionallah kalau nak jadi daie sekalipun. Jangan sekarang semua beriya-iya dah kahwin nanti semua menyepi. Tolonglah jangan kerek sangat wahai duat diluar sana, lagi-lagi perempuan. Anda bukan nabi atau rasul, mahu tunjuk pandai macam ilmu setinggi langit. Sifat nabi pun tidak begitu, nabi kita cukup humble.. Ada ke dia tunjuk lagak pandai depan mad'u dia?

Orang kata, bila hati kita ikhlas benar-benar kerana Allah, semuanya insyaallah akan menjadi. Setakat 2 or 3 dugaan itu memang satu penguji iman. Aku cukup tertekan dengan sikap mereka yang bertudung labuh dan berjubah yang sedemikian rupa. Aku minta maaf pada sesiapa yang terasa. Aku tak tujukan pada semua pihak, tetapi untuk sesetengah pihak dan peringatan untuk diri sendiri juga. Mungkin kesilapan diri sendiri lagi besar berbanding mereka, tetapi cermin tidak selalu berada di hadapan kita. Yang kita nampak hanyalah insan lain.

Aku juga punya matlamat yang sama. Tetapi, cara kita berbeza. Aku tidak suka berpuak-puak, memilih siapa yang layak atau tidak, yang aku tahu semua manusia diatas muka bumi ini layak digauli. Janganlah terlalu naif sehingga lupa huru-hara dunia lagi besar masalahnya berbanding masalah kecil antara ahli.

Apa-apapun, teruskan hidup dengan memegang satu kalimah tasyhad. Memegang 1 strategie Rasul yang sama, dan meletakkan sifat Rasul sebagai sifat tertinggi dalam diri.

Wallahualam.

Labels:

About me

  • Name: Kay J
  • Live: Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Character: Simple. Ordinary.
  • History:

Shout